Maklumat Tambahan Berkaitan Penulisan Novel PTS
1). NOVEL KANAK-KANAK
Novel kanak-kanak merangkumi cerita-cerita fiksyen, sains, pengembaraan, motivasi, tauladan, fantasi dan sebagainya. Satu manuskrip lengkap yang perlu ditulis dengan 60% dialog dan 40% naratif (lebih kurang 150 muka surat (double spacing, font times new roman saiz 12)). Manuskrip juga haruslah menggunakan kata ganti nama ketiga (penulis sebagai pencerita bukan sebagai aku).
2). NOVEL REMAJA
Pihak kami juga sedang mencari manuskrip atau novel yang berkaitan dengan kehidupan remaja sehari-hari dan konflik yang dilalui remaja. Tema boleh merangkumi persahabatan, hobi, penyiasatan, sains fiksyen dan sebagainya (cinta hanya dijadikan sebagai pemanis cerita dan tidak boleh menjadi tema bagi novel remaja). Saudari juga boleh dapatkan buku-buku terbitan kami sebagai rujukan. Satu manuskrip lengkap yang perlu ditulis dengan 60% dialog dan 40% naratif (kira-kira 150-180 muka surat (double spacing, font times new roman saiz 12)). Manuskrip juga haruslah menggunakan kata ganti nama ketiga (penulis sebagai pencerita bukan sebagai aku).
3). NOVEL SYOK!
Novel untuk remaja metropolitan. Saudara menghantar SINOPSIS CERITA, CONTOH SATU BAB (bagi menilai gaya bahasa) dan BIODATA.Untuk tiga kategori di atas bolehlah berhubung dengan Encik Nazri B. Mohd Annuar (nazri@pts.com.my)
4). NOVEL DEWASA
Novel dewasa pula merangkumi cerita jibunsyi, sejarah melayu, pahlawan Islam dan cerita-cerita klasik. Novel cinta tidak diterbitkan oleh PTS.Satu manuskrip lengkap yang perlu ditulis dengan 70% dialog dan 30% naratif (kira-kira 350-400 muka surat (double spacing, font times new roman saiz 12)). Manuskrip juga haruslah menggunakan kata ganti nama ketiga (penulis sebagai pencerita bukan sebagai aku). Sila hantarkan SINOPSIS, CONTOH SATU BAB dan BIODATA kepada Cik Norashikin Wahid (ashikin@pts.com.my).
5). NOVEL ISLAMI
Novel Islami harus meliputi salah satu daripada topik-topik berikut:
a). Cinta Islami
b). Perbandingan Agama
c). Kisah perjuangan orang dahulu dan sekarang
d). Adaptasi watak-watak dominan dalam sejarah Islam
e). Isu-isu semasa Islam dan kesan kepada masyarakat Gaya penulisan adalah gaya penulisan novel popular tetapi masih menggunakan bahasa Melayu tinggi dan syariah-compliant.
Sila hantarkan SINOPSIS, CONTOH SATU BAB dan BIODATA kepada Cik Nurul Hafizah M.Mokhtar (nurulhafizah@pts.com.my / 016-6611 764)
Sila maklumkan bidang penulisan tuan kepada editor setiap syarikat yang berkaitan. Setiap editor akan menerangkan setiap pertanyaan tuan berkaitan penerbitan. Hubungi kami di:
pejabat editorial PTS,
No 9-1 & 11-1,
Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur
Telefon: 03-4142 7416 / 7413
Faksimili: 03-4142 7415
Emel: editorial@pts.com.my
Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment