Thursday, May 22, 2008

Novel: Zikir-zikir cinta (Ulasan kemas kini)



Novel ini, memberikan satu senyuman dalam seribu kerutan dahi. Ceritanya berkenaan dunia pondok yang bergelumang dengan kitab kuning dan juga cerita anak muda yang sedang membuak-buak cintanya. Semuanya kisah itu dijarut dengan mahir lalu membentuk novel Cinta Islami yang indah. Seindah hamparan bulan pada tanggal 15.

Semuanya bermula dari sebuah sekolah pondok di Indonesia. Rusli lelaki yang mencari kebahagiaan akhirat akhirnya bertemu pula dengan cinta dunia. Cintanya jatuh kepada puteri kiai pondok.

Cinta di pondok hanya dikira cinta sekiranya ia berlangsung dalam pernikahan. Namun, dalam dunia yang penuh mencabar ini, ada kepercayaan yang pernikahan itu bukan sekadar cinta dan kejujuran. Sedangkan Rusli pernah berkata, “Aku tidak punyai apa-apa, hanya cinta dan kejujuran.”

Dengan alasan mahu mencari selain cinta dan kejujuran Rusli berkelana ke kota. Namun apa yang diperolehnya adalah cinta sudah terbagi dua. Kini hatinya terpaut kepada puteri daripada keluarga Nasrani.

Lalu cinta yang terbagi ini bukan sekadar cinta tiga segi yang biasa. Di satu pihak puteri kiai yang pasti mampu menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Di satu sisi lagi, puteri keluarga Nasrani yang sudah menjadi kewajipan Rusli sebagai Islam apatah lagi bekas pelajar pondok bagi menyuburkan Islam itu sendiri.

Harus bagaimana Rusli merawatkan cintanya yang sudah terbelah?

3 comments:

Welma La'anda

Saya pernah membaca Zikir-Zikir Cinta dalam Edisi Indonesia tapi tidak habis kerana tekanan perasaan pada sesetengah bahagian novel ini :)dan saya agak terkejut juga PTS menerjemahkan novel ini ke dalam bahasa malaysia. Pasti ada sesuatu yang menarik pada novel ini, sesiapa yang sudah selesai membacanya mungkin boleh sediakan resensi hasil pembacaan itu,mana tahu saya boleh berubah hati membacanya semula

wlaanda.blogspot.com

Anonymous

sila baca resensi karya ini di blog kami

Seruling Senja

Pada pendapat saya, novel ini cuba untuk mengenengahkan konsep cinta yang berlandaskan Islam. Walau bagaimanapun, garapannya masih belum dapat menandingi novel-novel karya Habiburrahman el-Shirazy dan Taufiqurrahman al-Azizy

  © Blogger template 'TotuliPink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP