Matahari di Atas Gilli
Penulis: Lintang Sugianto
Cetakan Pertama: 2008
ISBN: 978-983-3892-18-1
Penerbit Indonesia: Penerbit Republika
Penerbit Malaysia: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Harga: Sem. Malaysia: 25.50 Sabah/Sarawak: RM28.50
Tebal: 481 halaman
Pengulas: Mohd Roslan Md Isa
Novel karya Lintang Sugianto ini menonjolkan aspek kemanusian, pendidikan, survival hidup, konflik hidup, sosio budaya dan agama dalam menjalin arus plot cerita yang meruntun jiwa dan menggugat emosi. Kala mengharungi bait-bait kata di dalam novel ini minda mula merayau mencari identiti watak utama iatu Suhada yang kerap dipanggil Hada. Kehadiran suasana kampung nelayan yang begitu popular di Malaysia seperti di Terengganu mengesyor penulis mencari suasana sebenar perkampungan nelayan yang disebut dalam novel ini iaitu Pulau Gilli melalui carian internet.
Pulau Gilli
Pulau Gilli adalah sebuah pulau kecil di Selat Madura, terletak lapan kilo meter dari pantai utara Probolinggo. Secara geografi pulau ini termasuk wilayah Kecamatan Sumberasih, Kabupaten Probolinggo dan Jawa Timur. Sumber ekonomi utama adalah laut dan 90 peratus penduduk adalah nelayan. Terdapat juga taman air bawah laut yang perlu dikomersialkan sebagai tempat pelancongan.
Menurut legenda setempat, Gilli memiliki dua hujung pulau. Ujung Dhaja dan Ujung Dhelaok, dapat bersatu ataupun berpindah dari tempat asalnya. Pulau ini dulunya menyatu dengan daratan Desa Ketapang (Pulau Jawa), yang kemudian bergerak ke tengah laut, kerana gempa yang dahsyat akibat letusan Gunung Semeru.
Nama Gilli Ketapang berasal daripada Bahasa Madura, gilli bermaksud mengalir, dan nama asal desa itu adalah Ketapang.
Watak Utama
Melayari blog lintangs.blogspot.com memperkenalkan penulis personaliti penulis ini yang biasa menulis puisi yang bersifat sarwajagat, kemanusiaan dan menghargai alam ciptaan Allah. Semasa membaca karyanya juga adakalanya seperti mahu berpuisi dan bersajak.
Kehadiran watak Suhada sebagai watak utama yang mengharungi hidup penuh ranjau dan liku. Hatinya mula mengiyakan yang Mamak itu ibu kandungnya dan hatinya mula berkecamuk sesudah mengetahui Mamak bukanlah ibu kandungnya. Dia terus cekal dan tabah menghadapai hidup apabila perlu berpisah dengan mamak, mencari pendidikan, berpindah dari satu majikan ke majikan dengan bekerja sebagi pembantu rumah tangga bagi menampung pengajian sekolah sehingga dia mampu sampai ke peringkat SMA. Hatinya bertampah pilu apabila mendapat khabaran daripada mamak. Apa perkara yang mencatit diari dalam kehidupan Hada, walaupun majikannya menyayangi Hada seperti anak sendiri?
Berkat kesungguhan hidup dan diberkati Allah, hidup Hada mula cerah apabila berkahwin dengan Suamar seorang pembuat kapal berasal dari Pulau Gilli. Cabaran mendepani masalah kekurangan guru dan kemudahan pembelajaran menonjolkan karakter Hada ini. Dia ingin memberikan erti hidup yang sebenar kepada anak Gilli yang mempunyai bakat yang luar biasa dan mampu dikembangkan menjadi identiti yang genius dan berguna kepada masayarakat. Hasratnya mahu mengubah lanskap Puau Gilli supaya anak-anak masyarakat Gilli tidak hanya tahu alam laut dan kapal.
Mengharungi pelbagai cara dalam memandaikan anak Gilli dan Hada juga cuba memahami dan memecahkan pahaman turun menurun orang lama Gilli itu. Dia berhasrat membentuk budaya bermasyarakat yang bersatu dan dinamik serta menerapkan pendidikan agama. Hada berharap sumbangan itu menjadikan ia dalam kelompok masyarakat Gilli dan bukan sekadar pendatang. Adakah terdapat pemimpin masyarakat yang medukung hasrat murni Suhada itu?
Contoh kehidupan berkeluarga yang harmoni juga diterapkan apabila terdapat insiden yang memerlukan persefahaman yang kukuh dan antara Suamar dan Hada. Dialog-dialog antara mereka begitu halus, tertib dan mempunyai tata susila yang tinggi bagi dicontohi. Kehidupan berumah tangga mengajar mereka saling melengkapi dan berusaha membentuk keluarga yang bahagia.
Tercetus konflik antara pulau kerana berebutkan kawasan penangkapan ikan sehingga memaksa pertarungan hidup mati di sebuah pulau tidak berpenghuni. Tidak cukup dengan sekadar masalah itu, Suhada disahkan mengandung dan akhirnya melahirkan anak lelaki bernama Sabam tetapi kelahiran Sabam itu yang sepatutnya menceriakan itu menjadi sebaliknya. Ia mula meruntuhkan cinta yang sederhana itu hanya kerana satu sebab sehingga terasa matahari sudah betul-betul berada di atas Gilli. Suamar pula tidak dapat berfikir secara waras dan tidak mampu melepaskan Hada.
Lintang mempunyai entiti tersendiri bagi memperincikan plot cerita, kaya dengan perbendaharaan kata, puisi dan gurindam, pandai bermain dengan persoalan jiwa serta memaparkan nilai budaya etnik Melayu. Elemen yang dekat di hati itu menjadikan novel ini bestseller di Indonesia. Mendasari elemen yang memberi inspirasi dan semangat berjuang itu, novel ini dapat memikat khalayak Malaysia. Isinya yang padat, menyala dan menyengat sama seperti panahan matahari yang menyinari alam ciptaan Allah yang mewarnai kehidupan manusia dan cara mengetahui kekuasan Allah.
Personaliti Penulis
Beliau lahir di Jakarta Indonesia, anak ketiga daripada pasangan Almarhum Warsono Dhinoto dan Eritje Louisa Suak. Semasa kecilnya, beliau hidup hidup berpindah-randah dari kota ke kota bersama keluarganya. Pada usia 18 tahun, beliau kembali menetap di Jakarta, melanjutkan sekolah di arsitektur lanskap Trisakti, dan Asmi. Pada tahun 1997, selama enam bulan beliau bersama masyarakat nelayan di Pulau Gilli. Tahun 1999 beliau bergabung dengan seniman Daerah, mengadakan kajian lapangan budaya seJawa Bali.
Beliau bekerjasama dengan UNFPA (United Nation Population Fund) dalam program Psychosocial Terapi Art di Aceh. Juga aktif melalui komuniti eSastera.com.
Buku-buku kumpulan puisi yang terbit seperti Ilahi (1998), Pelepah (2000), Antologi Puisi Namaku Perempuan (2006), Ku Sampaikan (2006), Narasi Lukisan Anak-anak Aceh (2006) dan Menyapa Pagi yang Baru (2006).
0 comments:
Post a Comment